Wednesday, March 24, 2010

DARI MEJA SETIAUSAHA BIL. 2/2010

Assalamualaikum wrt. wbt.

Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati Allah swt sekalian. Iringan doa agar semuanya berada dalam sihat wal 'afiat serta beroleh keredhaan Allah sepanjang masa.

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN MERAIKAN PARA HUFFAZ
Alhamdulillah pada 28 Jan 2010 MTQI telah mengadakan majlis tersebut bagi meraikan 4 hafiz yang telah berjaya dalam ujian hafazan (Syahadah) iaitu Muhamad Aarif b. Ahmad Tajuddin al-Hafiz, Muhammad Nazmi b. Zolkarnain al-Hafiz, Muhammad Hazim b. Hj. Mohd Rozi al-Hafiz dan Muhammad Hafiz b. Abdur Rahman al-Hafiz. Juga diraikan 3 hafiz/ah yang dalam proses Syahadah iaitu Muhammad al-Farabi b. Dato' Mohamad Alayuddin al-Hafiz, Ahmad Naim b. Dr. Hj. Nor'azam al-Hafiz, Athirah Salihah bt. Hj. Al-Azmi, serta pelajar cilik harapan MTQI iaitu Ahmad Al-Akram b. Hj. Al-Azmi. Majlis ini diisi dengan persembahan nasyid oleh para pelajar MTQI, ucapan-ucapan dari Pengerusi dan guru MTQI, Pengerusi JIB-MTQI, serta En. Abdur Rahman sebagai wakil bapa pelajar yang diraikan. MTQI sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Abdur Rahman yang telah menjadi hos/penaja jamuan makan malam majlis ini. Semoga Allah swt. menambahkan lagi rezeki beliau sekeluarga.Kepada para huffaz yang diraikan, TAHNIAH & KEKALKAN PENJAGAAN HAFAZAN SERTA PENGAMALANNYA SEPANJANG HAYAT.

PERANCANGAN PROGRAM TAHUN 2010 OLEH JIB-MTQI
Insya Allah, barisan pimpinan JIB-MTQI telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini, pada 28 Februari yang lalu telah bersutuju melaksanakan beberapa program sepanjang tahun 2010 seperti berikut :

- Lawatan & pembelajaran ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu (2-4 Julai 2010)
- Mengambil bahagian dalam Karnival Huffaz anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS)
- Mengadakan peralatan muzik dan tenaga pengajar (nasyid)
- Sukaneka pada 1-2 Mei 2010 (cadangan idea dari semua ibu-bapa amat dialu-alukan).
Di samping itu, JIB-MTQIjuga telah bersetuju melantik En. Faizal b. Mohamed Yusof sebagai Timb. Pengerusi JIB-MTQI bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut berikutan penyandang sebelum ini (En. Sujak) tidak lagi bersama-sama kita. TAHNIAH & SELAMAT BERKHIDMAT DIUCAPKAN KEPADA EN. FAIZAL.

SELAMAT BERCUTI & BERSAMA-SAMA KELUARGA TERCINTA
Setelah lebih sebulan anak-anak kita bertungkus-lumus menghafaz, mengulang-kaji dan menuntut ilmu-ilmu diniyyah dan akademik yang lain, tibalah waktunya mereka bercuti dari 12 - 21 Mac 2010. Namun, sebagai pemeliharaan al-Quran (dalam bikinan), cuti mereka harus diisi dengan program-progrm yang terdidik dan terkawal agar hafazan dan akhlak baik mereka selama ini tidak tergugat. Lapangkan sedikit masa setiap hari bersama-sama anak khususnya menyemak hafazan lama (muraja'ah) di samping kita juga turut mendapat pahala daripadaNya.

TAHNIA KEPADA YANG MEMILIH MENYAMBUNG PELAJARAN KE TIMUR TENGAH
Tahniah dan selamat berangkat kepada Muhammad Hazim b. Hj. Mohd Rozi al-Hafiz dan Muhammad Hafiz b. Abdur Rahman al-Hafiz yang akan melanjutkan pelajaran di Yemen. Semoga menjadi imam dan pakar rujuk agama yang dihormati suatu hari kelak, insya Allah.

Sekian, wassalamu'alaikum wrt wbt.

.;:SETIAUSAHA:;.

No comments: