Monday, December 1, 2008

Wajah Surau Al-Islah & MTQI dari dekat...


Almari simpanan bagi setiap pelajar & ruang mengaji di MTQI



Surau Al-Islah, Seksyen 7


Sumber Ilmu & Rujukan


Ruang Solat Surau Al-Islah


Candid Huffaz

Mengaji dengan tekun untuk menjadi Hamlatul Qur'an


Wajah-wajah yang bersemangat sebelum memulakan kelas akdemik


Wajah-wajah ceria pelajar MTQI


Mendengar Ta'lim


Mengambil Wudhuk sebelum memulakan kelas Al-Qur'an

Minum Malam di MTQI

Pelajar sedang khusyuk menikmati minum malam



Air Milo + Biskut Manis..Sungguh menyelerakan..


Para pelajar sedang menikmati makanan dengan beralaskan safrah



Makan secara berjemaah



Kantin yang sudah selesai dibersihkan

Sunday, November 30, 2008

Sekilas Pandang Kelas Al-Qur'an MTQI

Pelajar-pelajar sedang tekun mengaji


Kelas Ustaz Yunoos


Menanti ketibaan Ustaz


Kelas Ustaz Jalaluddin


Ustaz Jalaluddin sedang menyemak bacaan salah seorang pelajar

Thursday, November 20, 2008

Mari Menghafaz Al-Qur'an!!


TIP-TIP MENGHAFAZ AL-QUR’AN



1. Semangat yang kuat


Banyakkan berdoa, mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan menjauhkan daripada melakukan perbuatan maksiat. Ibu bapa juga mestilah memainkan peranan yang penting dan bersungguh-sungguh mendidik dan mengalakkan anak-anak ke arah itu.


2. Persiapan mental


Perlulah ditanam di dalam jiwa akan keagungan Al-Qur’an iaitu meyakinkan diri bahawa menghafaz Al-Qur'an adalah suatu perbuatan yang mulia dan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.


3. Ihtimam (perhatian penuh) terhadap Al-Qur’an.


Sikap ihtimam yang tinggi akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun rintangan yang kita hadapi adalah mencabar. Sikap ini dapat dipupuk sekiranya kita dapat menghargai dan menilai kepentingan Al-Qur’an pada diri kita. Tanda-tanda sesuatu pekerjaan yang telah diberi ihtimam iaitu apabila pekerjaan itu terasa sangat perlu sekali untuk dilakukan dalam apa jua keadaan sekalipun.


4. Bijak mengatur waktu


Sekiranya Al-Qur’an ini telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya-Allah kita dapat mengatur waktu walau sesibuk mana pun keadaan kita. Tabah dan sabar menghadapi kesulitan menghafaz. Allah SWT akan mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab kepada hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh, yakin dan sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan semasa menghafaz Al-Qur’an.





KAEDAH MENGHAFAZ SURAH



1. Ambil ayat pertama - lancarkan terlebih dahulu dengan membaca sekurang-kurangnya 10 kali di hadapan guru.


2. Hafazkan sebanyak 60 kali - bagi mereka yang boleh membaca sendiri bacaan 60 kali itu hendaklah dibuat dengan 5 kali melihat dan 5 kali tanpa melihat.


3. Bagi mereka yang tidak boleh membaca, ibu bapa hendaklah membacakan untuk mereka sebanyak 60 kali secara berperingkat iaitu 20 kali sebelah pagi, 20 kali di sebelah petang dan 20 kali di sebelah malam.


4. Kadar jumlah ayat yang wajar dihafaz bergantung kepada kemampuan anak-anak, serta komitmen masa yang boleh diperuntukkan oleh para guru dan ibu bapa.


5. Selepas ayat pertama telah dihafaz dan disemak dan didapati oleh guru ianya lancar, maka pindahkan ke ayat seterusnya tetapi jangan dipindahkan sekiranya ayat pertama masih lagi tidak lancar dan hendaklah diulang lagi.


6. Ayat kedua dibaca sebanyak 60 kali juga.


7. Setiap kali ayat kedua lancar, diulang sekali ayat 1 dan 2 sekali gus sebanyak 10 kali iaitu 5 kali melihat dan 5 kali tanpa melihat.



*kaedah di atas hanyalah satu kaedah yang disyorkan daripada sekalian banyak kaedah lain. Kaedah diatas amat sesuai diamalkan bagi mereka yang masih baru dalam menghafaz Al-Qur'an. Terdapat pelbagai kaedah menghafaz Al-Qur'an yang boleh diaplikasikan dan berbeza mengikut tahap kecekapan penghafaz tersebut.



Tuesday, November 18, 2008

Pelajar Muslimah Pertama


MTQI telah mencipta satu lagi sejarah apabila telah menerima pelajar perempuan pertama sebagai warga MTQI. Pelajar tersebut ialah Athirah Salihah Binti Al-Azmi yang juga merupakan anak kepada setiausaha MTQI, Al-Azmi Bin Bakar.

Beliau merupakan anak kelima kepada pasangan Al-Azmi Bin Bakar dan Kanizar Binti Ibrahim. Sebelum ini, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira', Kelang.

Beliau akan hanya mengikuti kelas tahfiz pada siangnya sahaja memandangkan asrama puteri belum lagi disediakan.

Semoga adik Athirah Salihah dapat meneruskan perjuangan untuk menjadi Puteri Hamalatul Qur'an pertama hasil keluaran MTQI. Selamat maju jaya!!

Berita Baik!!!


Berita baik untuk semua.

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menambah sebuah lagi asrama demi keselesaan para pelajar dan menampung penambahan jumlah pelajar yang amat memberansangkan.

Sehubungan itu, seorang tenaga pengajar baru bakal dilantik menjadi warga MTQI untuk menampung segala keperluan di atas.

Segala perubahan akan berkuatkuasa pada Januari 2009 selari dengan pengambilan pelajar baru sesi 2009.

Ini adalah satu petanda positif yang menunjukkan bahawa MTQI semakin mendapat tempat bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat, bahkan hingga ke seberang Utara dan Selatan.

Semoga perkembangan positif ini akan berterusan. Sama-sama kita nantikan perubahan yang bakal dilakukan oleh pihak pengurusan MTQI bagi meyegarkan lagi suasana menghafal Al-Qur'an seterusnya membentuk Jilul Qur'an.

Keputusan UPSR 2008

Seramai 4 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah telah menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Alhamdulillah, berkat usaha 4 orang pelajar tersebut, mereka semua telah berjaya lulus dan dianggap cemerlang bagi pelajar yang telah menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan Al-Qur'an.


Empat orang pelajar tersebut beserta dengan gred UPSR mereka ialah,

  1. Mohamad Al-Farabi Bin Mohamad Alayuddin ( 2A, 3B)
  2. Muhammad Hazim Bin Mohd Rozi (1A, 4B)
  3. Mohd Anas Bin Jumaah Bin Mohamed Yunoos (2A, 1B, 2C)
  4. Hafis Harres Bin Lokman (1A, 1B, 3C)
Tahniah kepada mereka berempat. Semoga dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan pada masa hadapan, INSYALLAH.

Thursday, June 26, 2008

Dari Meja Setiausaha Bil.5/08

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh
Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati dan dirahmati Allah SWT sekelian.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (IMTIHAN SYAFAWI)

Alhamdulillah, seperti dimaklumkan menerusi Dari Meja Setiausaha Bil. 4/2008, sukacita bersama-sama ini diedarkan keputusan ujian tersebut, untuk makluman dan rujukan tuan/puan jua. Seperti dapat diperhatikan, terdapat pelajar yang tidak hadir dalam ujian-ujian berkenaan atas pelbagai sebab, menyebabkan prestasi mereka dalam mata pelajaran berkaitan tidak dapat dinilaikan. Diharapkan perkara ini dapat diatasi di masa hadapan dengan mendapat kerjasama sewajarnya daripada ibu-bapa.

PELAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan disiplin, motivasi dan persaingan di kalangan pelajar, MTQI bersetuju memperkenalkan beberapa insentif seperti berikut:

1) Cemerlang hafazan

2) Cemerlang sahsiah

3) Cemerlang akademik dan dinniyyah

Insentif di atas dinilaikan bermula dari 1 Jun 2008. Dengan adanya pelan seumpama ini, diharapkan para pelajar akan lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi hafazan, sahsiah, serta akademik masing-masing; manakala para ibu-bapa diharapkan dapat turut memberikan dorongan dan kerjasama sewajarnya dalam mencapai matlamat murni tersebut.

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT OLEH PELAJAR

Sukacita diingatkan semula bahawa seperti dinyatakan dalam garis panduan Peraturan Asrama MTQI, para pelajar tidak dibenarkan membawa/mengguna telefon bimbit sepanjang berada di asrama/MTQI kerana banyak kesan negatif timbul daripadanya.

Sehingga berjumpa lagi, salam ukhuwwah daripada kami.

Sekian, wassalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh.

PENGISLAHAN UMMAH BERPANDUKAN AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH”

Dari Meja Setiausaha Bil.4/08

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh
Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati dan dirahmati Allah SWT sekelian.

SYUKUR ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH

Alhamdulillah, dengan ramuan keizinan Allah S.W.T., keberkatan doa ibu-bapa, dan kesungguhan pelajar, serta keikhlasan guru, dua orang pelajar lagi telah khatam hafazan 30 juzuk Al-Qur’an masing-masing, iaitu AL-HAFIZ MUHAMMAD NAZMI BIN ZOLKARNAIN dan AL-HAFIZ MUHAMMAD AaRIF BIN AHMAD TAJUDIN. Ini menjadikan pelajar yang ke-20 dan ke-21 khatam hafazan daripada Maahad ini. Tahniah dan syabas untuk semua!

Kepada Al-Hafiz Muhammad Nazmi dan Al-Hafiz Muhammad Aarif, lipat gandakan usaha anda bagi mempercepatkan proses pengurniaan sijil hafazan (syahadah) kelak. Kepada pelajar-pelajar lain, jadikannya semangat dan suri teladan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mencapai visi bersama melahirkan hafiz Al-Qur’an berketerampilan tinggi, bertaqwa dan berperibadi mulia.

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ALUMNUS

Tahniah dan syabas juga disisipkan kepada dua pelajar bersekutu Maahad dan ibu-bapa/keluarga mereka, iaitu Al-Hafiz Muhammad Kamil bin Hj. Mohd. Kifly dan Al-Hafiz Hasbi bin Abdul Halim yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Al-Qur’an dan Qira’at, dan Pengajian Bahasa Arab di Yemen masing-masing, kedua-duanya bermula minggu lepas. Do’a kami agar tercapai segala cita dan menjadi insan mulia!
Sehingga berjumpa lagi, salam ukhuwwah daripada kami.

Sekian, wassalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh.

PENGISLAHAN UMMAH BERPANDUKAN AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH”

Di Mana Mereka Sekarang??

Maklumat terkini bekas-bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz yang telah berjaya menkhatamkan hafalan Al-Qur'an di Maahad Tahfiz Al-Islah sejak ia ditubuhkan.

  1. Hafiz Bin Zaini Al-Hafiz - Darul Kausar, Kelantan

  2. Ahmad Bin Al-Azmi Al-Hafiz - Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 9, Shah Alam


  3. Hasbi Bin Abdul Halim Al-Hafiz - Pengajian Bahasa Arab, Yemen


  4. Muhammad 'Ali Hashimi Bin Shahruzaman Al-Hafiz - Sekolah Menengah Seksyen 7 (aliran agama)c, Shah Alam


  5. Ibrahim Bin Abdul Wahab Ishari Al-Hafiz - Maahad Tahfiz Al-Manar, Kelantan


  6. 'Afiq Bin Mazlan Al-Hafiz - Darul Kausar, Kelantan


  7. Muhammad Kamil Bin Mohd Kifly Al-Hafiz - Kuis, Selangor


  8. Abu Zar Bin Ahmad Zubair Al-Hafiz - SMI AsySyakirin, Shah Alam


  9. Mohd Salahuddin Bin Abd Razak Al-Hafiz - SMI AsySyakirin, Shah Alam


  10. Mohd Razin Bin Abd Aziz Al-Hafiz - SMI Puchong


  11. Nur Hanifan Bin Hakim Amer Al-Hafiz - SMA Seksyen 18


  12. Mohd Farid Bin Alayuddin Al-Hafiz - Universiti Al-Azhar, Mesir


  13. Abdul Aziz Bin Abdul Malik Al-Hafiz - Universiti Al-Azhar, Mesir


  14. Meor Khairul Anuar Bin Taib Al-Hafiz - Universiti Al-Azhar, Mesir


  15. Muhammad Amin Bin Al-Azmi Al-Hafiz - Ma'ahad Tahfiz Sains, Kelantan


  16. Ahmad Muslim Bin Bakkery Al-Hafiz - Ma'ahad Al-Azhar, Mesir


  17. Ammar Mustaqim Bin Faizal Azni Al-Hafiz - Ma'ahad Al-Azhar, Mesir


  18. Firdaus Syahmi Bin Muhammad Radzi Al-Hafiz - Ma'ahad Al-Azhar, Mesir
19. Mohd Hafiz Bin Dato' Zainal Abidin Al-Hafiz - Akan ke Timur Tengah



Semoga ramai lagi yang bakal menyusul, insyAllah.....

Tuesday, June 24, 2008

Jemaah Pengurusan Ma'ahad Tahfiz Al-Islah



Pengerusi
Dr. Hj. Abd. Hakim Abd. Ghani
Tel.: 019-2534750 / 03-55126212

Setiausaha
Hj. Al-Azmi bin Bakar
Tel.: 019-2703370 / 03-55127535


Bendahari
Hj. Dr. Nor’Azam bin Mastuki
Tel: 012-2506545 / 03-55124582

Mudir
Ustaz Hj Mohamed Yunoos bin Faizuddein Al-Hafiz
Tel: 012-2981841 / 03-55135341

Pengajar (Ustaz)
Ustaz Jalaluddin bin Adnan Al-Hafiz
Tel.: 013-3392993 / 03-55116203

Pengerusi Jemaah Ibu-Bapa
Encik Mohd. Haizad bin Husin (019-3102351)

Setiausaha Jemaah Ibu-Bapa
Encik Mohd. Azhar bin Sanusi (016-3710141)

Jadual Harian MTQI

ISNIN - JUMAAT

5.15 - 6.30 pagi -> Mandi dan solat Subuh

6.30 - 7.30 pagi -> Hafalan Quran

7.30 - 8.00 pagi -> Sarapan Pagi

8.00 - 10.30 pagi -> Hafalan Quran

10.30 - 11.00 pagi -> Rehat

11.00 - 12.00 t/hari -> Hafalan Quran

12.00 - 2.00 ptg -> Makan tengah hari, rehat solat Zuhur

2.00 - 4.15 ptg -> Hafalan Quran

5.00 - 6.30 ptg -> Zikrullah dan bersukan

7.15 - 8.15 mlm -> Hafalan Quran

9.00 - 10. 15 mlm -> Pelajaran akademik

10.15 - 10.30 mlm-> Majlis Tazkirah, Minum

(Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam)



SABTU DAN AHAD

5.15 - 6.30 pagi - > Mandi dan solat Subuh

6.30 - 7.30 pagi -> Hafalan Quran

7.30 - 8.oo pagi -> Sarapan pagi

8.00 - 9.00 pagi -> Tae Kwan Do

10.00 - 11.30 pagi -> Pelajaran Akademik, Fardu Ain

11.30 - 12.00 tengah hari -> Rehat

12.00 - 2.00 ptg -> Makan tengah hari, rehat solat Zuhur

2.00 - 4.15 petang -> Rehat

(Aktiviti seterusnya adalah seperti jadual harian biasa).

Pengenalan Ma'ahad Tahfiz Al-Islah

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al-Qur’an Al-Islah (MTQI) dengan mottonya “Pengislahan Ummah Berpandukan Al-Quran & As-Sunnah”, berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2000. MTQI dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan. Pengambilan pelajar untuk tahun 2008 merupakan pengambilan ke-9 setelah pengambilan sulung pada tahun 2000 dan seterusnya pada setiap tahun. Kini terdapat 30 orang pelajar sedang giat menghafaz di MTQI dalam pelbagai tahap hafalan. Setakat ini seramai 19 orang pelajar telah dianugerahi sijil hafalan (syahadah), dan dijangka seramai tiga pelajar lagi akan menerimanya pada hujung tahun 2008.


Matlamat Penubuhan

1) Menjadi nukleus terbentuknya Pusat Kecemerlangan Al-Quran (Qur’anic Center for Excellence).
2) Melahirkan para hafiz yang serba boleh dan berketerampilan.


Budaya Kecil Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah

MTQI berusaha mencipta dan mempraktikkan budaya kecil yang berlandaskan:

1) Kecintaan yang mendalam terhadap agama.
2) Kasih sayang dan kemesraan.
3) Hormat menghormati.
4) Persekitaran yang sentiasa memberangsangkan.
5) Kecintaan yang mendalam terhadap ilm
6) Suburnya minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat.


Konsep Asas Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah

MTQI diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR dan PMR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah/Menengah Islam.


Lulusan Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah

Lulusan MTQI dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut:

1) Komited kepada agama
2) Berpersonaliti Muslim sejati
3) Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi
4) Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin
5) Bijak berpidato, menguasai dengan baik Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu


Kampus

Keseluruhan pembelajaran MTQI diadakan di Surau Al-lslah manakala para pelajar menginap di dua buah asrama iaitu rumah teres dua tingkat yang letaknya berhampiran dengan Surau Al-Islah.


Syarat Kemasukan

Calon-calon MTQI hendaklah memiliki syarat-syarat minimum berikut:

1. Berumur 9 tahun ke atas.
2. Boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran pada kadar yang ditetapkan.
3. Telah tamat Tahun Dua Sekolah Rendah Islam (SRI) atau sekolah bantuan penuh Kerajaan.
4. Mencapai tahap yang memuaskan dalam Bahasa Arab, tulisan Jawi dan Fikah.
5. lbu-bapa bersungguh-sungguh mahukan anak menjadi seorang hafiz dan berupaya membayar yuran atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan.
6. Para pelajar bersedia untuk menjadi seorang hafiz.
7. Lulus temu duga dan ujian penempatan yang ditetapkan


Jangka Masa Pengajian

Tiga tahun. Selepas tiga tahun, pelajar yang gagal menghafal keseluruhan 30 juzuk Al-Quran akan disyorkan menyambung pengajian di Maahad Tahfiz yang lain atau pendekatan-pendekatan lain yang bersesuaian.


Akademik

Selain dari menghafal Al-Quran, subjek-subjek yang diajar adalah Ulum Al-Syariah, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Fardu Ain dan Penulisan/Karangan


Ko-Kurikulum

Bagi mendedahkan pelajar dengan aktiviti luaran, MTQI mengadakan program riadah pada setiap hari dan program mempertahankan diri seperti Tae Kwan Do dua (2) kali seminggu pada hari Selasa dan Rabu. Program perkhemahan/rehlah keluarga diadakan dari masa ke semasa.


Pihak Pengurusan

MTQI diuruskan oleh Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Qur’an Al-Islah mengikut Enakmen No. 2 Tahun 1989 JAIS. Jemaah ini terdiri daripada lima belas (15) anggota terdiri dari para profesional yang merupakan ahli kariah Surau Al-lslah, Seksyen 7, Shah Alam.

Penyediaan Makanan

Makanan yang disediakan sentiasa diawasi supaya sajian bersih dari segi lahir dan batinnya. Urusan memasak dan penyajian dengan penuh berakhlak diberi perhatian berat kerana ia memberi kesan langsung kepada keberkatan dan keupayaan menghafal Al-Quran dan menimba ilmu di kalangan pelajar MTQI.


Derma dan Skim Penajaan

Orang ramai adalah dijemput untuk menghulurkan derma ikhlas dalam berbagai bentuk bagi menjayakan MTQI. Satu skim penajaan dibentuk untuk mereka yang berminat menaja yuran pengajian pelajar-pelajar. Penajaan ini membolehkan pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang mampu mengikuti pengajian di MTQI secara “cross-subsidy”.


Penglibatan Ibu Bapa

Bagi menentukan pelajar sentiasa terangsang dan maju di dalam pengajian, galakan dan sokongan serta contoh baik oleh ibu-bapa adalah sangat perlu. Ini akan memudahkan proses pembelajaran pelajar-pelajar tersebut. Sebagai contoh ibu-bapa harus bijak merangka program di musim cuti supaya masa percutian mereka tidak berlalu begitu sahaja. Bagi merapatkan hubungan ibu-bapa dengan anak, semua pelajar diberi cuti selama 2 hari bagi setiap Sabtu dan Ahad awal bulan.


Lindungan Takaful Berkelompok

Setiap pelajar diberi perlindungan Takaful Berkelompok daripada Syarikat Takaful Malaysia Berhad ke atas kemalangan semasa menuntut di MTQI.


Yuran Pengajian

Setiap pelajar dikenakan yuran bulanan sebanyak RM350 sebulan (Januari – Disember) merangkumi yuran kuliah, asrama, makan-minum dan TKD*. Semasa mendaftar buat kali pertama (tidak dipulangkan) setiap pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran berikut:

1) Wang Pendaftaran = RM 200
2) Yuran Takaful = RM 38
3) Buku Teks Akademik = RM 150

Jumlah Keseluruhan = RM 388

*Wang pendaftaran dan buku teks akan dikenakan pada setiap tahun berikutnya.
*Yuran Tae-Kwon-Do dikenakan oleh penganjurnya sebanyak RM20 sebulan.

Friday, June 6, 2008