Friday, February 13, 2009

DARI MEJA SETIAUSAHA BIL. 1/2009

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh

Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati dan dirahmati Allah SWT sekelian.Iringan doa agar semuanya berada dalam sihat wal’afiat serta beroleh keredhaan Allah sepanjang masa.


SELAMAT BERTEMU DI RUANGAN INI

Insya-Allah secara berkala, pihak Pengurusan MTQI akan memaklumkan perkembangan MTQI amnya dan anak tuan/puan khasnya menerusi ruangan ini, selain perantaraan lain seperti surat-menyurat, laman web, blog, serta emel.


PELAJAR BARU, SEMANGAT BARU

Alhamdulillah, walau pun tidak sampai 20 hari berada di MTQI, para pelajar baru telah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan berasrama, apatah lagi kehidupan sebagai seorang pelajar penghafaz Al-Qur’an. Perkembangan baik ini tidak syak lagi adalah merupakan hasil didikan para ustaz, pengajar akademik, warden, sahabat sahabat, para senior, serta juga kerjasama pintar ibu-bapa sekelian. Sejak mula mendaftar di MTQI, para pelajar baru dan lama telah mengikuti semua program --- bacaan/hafazan Al-Qur’an, kelas akademik, ko-kurikulum, kelas Diniyyah, program khidmat, ta’alim, memenuhi jemputan, dan sebagainya. Semoga para anak kita selesa dan dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya semua program yang diadakan oleh MTQI.


TAQWIM TAHUN 2009


Berikutan cadangan/maklum balas daripada ibu-bapa, MTQI menyemak semula jadual cuti bagi sepanjang tahun 2009. Berikutan itu, sukacita bersama-sama ini diedarkan Taqwim MTQI Tahun 2009 untuk rujukan tuan/puan. Dengan demikian,sila abaikan Taqwim MTQI yang telah diedarkan terdahulu (kepada ibu-bapa pelajar baru). Cuti pertama tahun ini ialah pada Sabtu, 24 Januari 2009 hingga Selasa, 27 Januari 2009. Dengan itu, ibu-bapa boleh mengambil anak mulai jam 12.00 tengah hari Jumaat (23 Januari 2009) dan dikehendaki kembali ke asrama pada Hari Selasa, 27 Januari 2009 jam 6.00 petang.


SENARAI PENUH PELAJAR MTQI


Bagi memudahkan tuan menjalinkan silaturrahim sesama warga MTQI, sukacita bersama-sama ini diedarkan senarai penuh pelajar dan ibu-bapa masing-masing. Semoga ia memberi manfaat bersama.


TAHNIAH, SYUKUR ALHAMDULILLAH...


Jutaan tahniah dan syukur Alhamdulillah kepada pelajar dan ibu-bapa/keluarga masing-masing kepada pelajar-pelajar berikut yang telah berjaya dalam ujian hafazan(syahadah):

 Mohd Hafiz b. Dato’ Hj. Zainal Al-Hafiz
 Muhammad Nazmi b. Zolkarnain Al-Hafiz;

dan yang telah selamat khatam hafazan 30 juzu’ (dalam persiapan menduduki
syahadah):

 Muhammad Hafiz b. Abdur Rahman Al-Hafiz
 Mohamad Al-Farabi b. Hj. Mohamad Alayuddin Al-Hafiz
 Ahmad Naim b. Dr. Hj. Nor’azam Al-Hafiz
 Ahmad Lutfi b. Hj. Paridin Al-Hafiz
 Muhammad Aarif b. Ahmad Tajuddin Al-Hafiz
 Muhammad Hazim b. Hj. Mohd. Rozi Al-Hafiz


BARU, BARU!!

NO. TELEFON ASRAMA USTAZ JALALUDIN: 03-55126302


Sehingga berjumpa lagi, salam ukhuwwah daripada kami.

Sekian, wassalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh.