Sunday, November 30, 2008

Sekilas Pandang Kelas Al-Qur'an MTQI

Pelajar-pelajar sedang tekun mengaji


Kelas Ustaz Yunoos


Menanti ketibaan Ustaz


Kelas Ustaz Jalaluddin


Ustaz Jalaluddin sedang menyemak bacaan salah seorang pelajar

Thursday, November 20, 2008

Mari Menghafaz Al-Qur'an!!


TIP-TIP MENGHAFAZ AL-QUR’AN



1. Semangat yang kuat


Banyakkan berdoa, mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan menjauhkan daripada melakukan perbuatan maksiat. Ibu bapa juga mestilah memainkan peranan yang penting dan bersungguh-sungguh mendidik dan mengalakkan anak-anak ke arah itu.


2. Persiapan mental


Perlulah ditanam di dalam jiwa akan keagungan Al-Qur’an iaitu meyakinkan diri bahawa menghafaz Al-Qur'an adalah suatu perbuatan yang mulia dan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.


3. Ihtimam (perhatian penuh) terhadap Al-Qur’an.


Sikap ihtimam yang tinggi akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun rintangan yang kita hadapi adalah mencabar. Sikap ini dapat dipupuk sekiranya kita dapat menghargai dan menilai kepentingan Al-Qur’an pada diri kita. Tanda-tanda sesuatu pekerjaan yang telah diberi ihtimam iaitu apabila pekerjaan itu terasa sangat perlu sekali untuk dilakukan dalam apa jua keadaan sekalipun.


4. Bijak mengatur waktu


Sekiranya Al-Qur’an ini telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya-Allah kita dapat mengatur waktu walau sesibuk mana pun keadaan kita. Tabah dan sabar menghadapi kesulitan menghafaz. Allah SWT akan mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab kepada hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh, yakin dan sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan semasa menghafaz Al-Qur’an.





KAEDAH MENGHAFAZ SURAH



1. Ambil ayat pertama - lancarkan terlebih dahulu dengan membaca sekurang-kurangnya 10 kali di hadapan guru.


2. Hafazkan sebanyak 60 kali - bagi mereka yang boleh membaca sendiri bacaan 60 kali itu hendaklah dibuat dengan 5 kali melihat dan 5 kali tanpa melihat.


3. Bagi mereka yang tidak boleh membaca, ibu bapa hendaklah membacakan untuk mereka sebanyak 60 kali secara berperingkat iaitu 20 kali sebelah pagi, 20 kali di sebelah petang dan 20 kali di sebelah malam.


4. Kadar jumlah ayat yang wajar dihafaz bergantung kepada kemampuan anak-anak, serta komitmen masa yang boleh diperuntukkan oleh para guru dan ibu bapa.


5. Selepas ayat pertama telah dihafaz dan disemak dan didapati oleh guru ianya lancar, maka pindahkan ke ayat seterusnya tetapi jangan dipindahkan sekiranya ayat pertama masih lagi tidak lancar dan hendaklah diulang lagi.


6. Ayat kedua dibaca sebanyak 60 kali juga.


7. Setiap kali ayat kedua lancar, diulang sekali ayat 1 dan 2 sekali gus sebanyak 10 kali iaitu 5 kali melihat dan 5 kali tanpa melihat.



*kaedah di atas hanyalah satu kaedah yang disyorkan daripada sekalian banyak kaedah lain. Kaedah diatas amat sesuai diamalkan bagi mereka yang masih baru dalam menghafaz Al-Qur'an. Terdapat pelbagai kaedah menghafaz Al-Qur'an yang boleh diaplikasikan dan berbeza mengikut tahap kecekapan penghafaz tersebut.



Tuesday, November 18, 2008

Pelajar Muslimah Pertama


MTQI telah mencipta satu lagi sejarah apabila telah menerima pelajar perempuan pertama sebagai warga MTQI. Pelajar tersebut ialah Athirah Salihah Binti Al-Azmi yang juga merupakan anak kepada setiausaha MTQI, Al-Azmi Bin Bakar.

Beliau merupakan anak kelima kepada pasangan Al-Azmi Bin Bakar dan Kanizar Binti Ibrahim. Sebelum ini, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira', Kelang.

Beliau akan hanya mengikuti kelas tahfiz pada siangnya sahaja memandangkan asrama puteri belum lagi disediakan.

Semoga adik Athirah Salihah dapat meneruskan perjuangan untuk menjadi Puteri Hamalatul Qur'an pertama hasil keluaran MTQI. Selamat maju jaya!!

Berita Baik!!!


Berita baik untuk semua.

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menambah sebuah lagi asrama demi keselesaan para pelajar dan menampung penambahan jumlah pelajar yang amat memberansangkan.

Sehubungan itu, seorang tenaga pengajar baru bakal dilantik menjadi warga MTQI untuk menampung segala keperluan di atas.

Segala perubahan akan berkuatkuasa pada Januari 2009 selari dengan pengambilan pelajar baru sesi 2009.

Ini adalah satu petanda positif yang menunjukkan bahawa MTQI semakin mendapat tempat bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat, bahkan hingga ke seberang Utara dan Selatan.

Semoga perkembangan positif ini akan berterusan. Sama-sama kita nantikan perubahan yang bakal dilakukan oleh pihak pengurusan MTQI bagi meyegarkan lagi suasana menghafal Al-Qur'an seterusnya membentuk Jilul Qur'an.

Keputusan UPSR 2008

Seramai 4 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah telah menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Alhamdulillah, berkat usaha 4 orang pelajar tersebut, mereka semua telah berjaya lulus dan dianggap cemerlang bagi pelajar yang telah menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan Al-Qur'an.


Empat orang pelajar tersebut beserta dengan gred UPSR mereka ialah,

  1. Mohamad Al-Farabi Bin Mohamad Alayuddin ( 2A, 3B)
  2. Muhammad Hazim Bin Mohd Rozi (1A, 4B)
  3. Mohd Anas Bin Jumaah Bin Mohamed Yunoos (2A, 1B, 2C)
  4. Hafis Harres Bin Lokman (1A, 1B, 3C)
Tahniah kepada mereka berempat. Semoga dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan pada masa hadapan, INSYALLAH.