Friday, May 22, 2009
Pertandingan Hafazan Al-Qur'an Antara Pelajar Tahfiz Al-Islah
Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 6 kategori, mengikut tahap hafalan pelajar masing-masing, iaitu 1-30 juz, 1-20juz, 1-10juz, 1-5 juz, 1-2 juz, dan juzuk 30 (juzuk 'amma). Hampir semua pelajar MTQI terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan selepas solat Isyak dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat yang setia kelihatannya begitu berminat mengikuti dan melihat pelajar-pelajar MTQI memerdengar bacaan AL-Qur'an.
5 orang juri telah dipilih untuk mengadili pertandingan ini (hari pertama hanya 4 orang sahaja). 3 daripadanya adalah pelajar daripada Timur Tengah, iaitu saudara Osama daripada Yaman, saudara Mubarak daripada Madinah, dan seorang rakan mereka. 2 orang lagi juri adalah daripada Malaysia iaitu Ustaz Faiz Bin Ahmad dan Ustaz Abdul Rahman Bin Al-Azmi.
3 orang moderator merangkap pengerusi majlis telah terlibat pada pertandingan ini, iaitu pengerusi MTQI, Dr. Hj. Abdul Hakim Abdul Ghani (hari pertama), setiasusaha MTQI, Hj. Al-Azmi Bin Bakar (hari kedua), dan AJK MTQI, Dr. Hj. Rahimi (hari ketiga dan majlis penutup). Pada hari terakhir, sedikit jamuan istimewa telah diadakan, iaitu jamuan nasi arab dan kambing yang telah ditaja sepenuhnya dan disediakan sendiri oleh orang-orang Arab.
Buat penegetahun semua, kesemua hadiah untuk pemenang dan juri telah ditaja oleh persatuan pelajar-pelajar Timut Tengah. Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian yang amat bermakna ini. Diharap, banyak lagi kerjasama boleh dilakukan lagi selepas ini.
Thursday, May 7, 2009
Kelebihan Menghafaz Ketika Usia Muda
Rebutlah peluang diwaktu muda dan tatkala usia kanak-kanak, kerana kanak-kanak jiwanya lebih bersih dan tidak pula sibuk. Telah diceritakan dari al-Ahnaf bin Qais, beliau telah mendengar seorang lelaki berkata: Belajar sewaktu usia masih kecil bagaikan mengukir sesuatu ke atas batu, lalu al-Ahnaf berkata : Orang dewasa lebih matang aqalnya, tetapi hatinya terlalu sibuk. Bagi mereka yang melewati usia muda (untuk menghafal), jangan sekali-kali ia bermudah-mudah dalam menghafal al-Qur’an, kerana sekiranya beliau mengosongkan hatinya dari banyak kesibukan dan persoalan lain, dia akan dapati amat mudah untuk menghafal al-Qur’an yang dia mungkin dia dapati pada yang lain. Allah berfirman :
Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar : 17)
Dan ini adalah sebahagian dari ciri-ciri al-Qur’an yang mulia.
Wahai sahabatku , jangan sekali-kali kamu lupa , bahawa manusia apabila sampai keperingkat umur “dewasa”, pandangannya akan semakin lemah, dan mungkin dia tidak mampu lagi untuk membaca al-Qur’an daripada helaian mashaf, ketika itu dia akan mendapatinya apa yang dia hafal didadanya sebagai “harta karun” yang akan dia baca dan untuk dia menggunakannya untuk bertahajud….dan sekiranya dia tidak menghafal apa-apa dari ayat al-Qur’an yang akan dia ingati, dia pasti akan amat menyesalinya…..
Nasihat oleh : Syeikh Dr Anas Karzoum

Sumber asal: klik di sini