Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 6 kategori, mengikut tahap hafalan pelajar masing-masing, iaitu 1-30 juz, 1-20juz, 1-10juz, 1-5 juz, 1-2 juz, dan juzuk 30 (juzuk 'amma). Hampir semua pelajar MTQI terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan selepas solat Isyak dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat yang setia kelihatannya begitu berminat mengikuti dan melihat pelajar-pelajar MTQI memerdengar bacaan AL-Qur'an.
5 orang juri telah dipilih untuk mengadili pertandingan ini (hari pertama hanya 4 orang sahaja). 3 daripadanya adalah pelajar daripada Timur Tengah, iaitu saudara Osama daripada Yaman, saudara Mubarak daripada Madinah, dan seorang rakan mereka. 2 orang lagi juri adalah daripada Malaysia iaitu Ustaz Faiz Bin Ahmad dan Ustaz Abdul Rahman Bin Al-Azmi.
3 orang moderator merangkap pengerusi majlis telah terlibat pada pertandingan ini, iaitu pengerusi MTQI, Dr. Hj. Abdul Hakim Abdul Ghani (hari pertama), setiasusaha MTQI, Hj. Al-Azmi Bin Bakar (hari kedua), dan AJK MTQI, Dr. Hj. Rahimi (hari ketiga dan majlis penutup). Pada hari terakhir, sedikit jamuan istimewa telah diadakan, iaitu jamuan nasi arab dan kambing yang telah ditaja sepenuhnya dan disediakan sendiri oleh orang-orang Arab.
Buat penegetahun semua, kesemua hadiah untuk pemenang dan juri telah ditaja oleh persatuan pelajar-pelajar Timut Tengah. Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian yang amat bermakna ini. Diharap, banyak lagi kerjasama boleh dilakukan lagi selepas ini.

