Thursday, June 26, 2008

Dari Meja Setiausaha Bil.5/08

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh
Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati dan dirahmati Allah SWT sekelian.

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (IMTIHAN SYAFAWI)

Alhamdulillah, seperti dimaklumkan menerusi Dari Meja Setiausaha Bil. 4/2008, sukacita bersama-sama ini diedarkan keputusan ujian tersebut, untuk makluman dan rujukan tuan/puan jua. Seperti dapat diperhatikan, terdapat pelajar yang tidak hadir dalam ujian-ujian berkenaan atas pelbagai sebab, menyebabkan prestasi mereka dalam mata pelajaran berkaitan tidak dapat dinilaikan. Diharapkan perkara ini dapat diatasi di masa hadapan dengan mendapat kerjasama sewajarnya daripada ibu-bapa.

PELAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan disiplin, motivasi dan persaingan di kalangan pelajar, MTQI bersetuju memperkenalkan beberapa insentif seperti berikut:

1) Cemerlang hafazan

2) Cemerlang sahsiah

3) Cemerlang akademik dan dinniyyah

Insentif di atas dinilaikan bermula dari 1 Jun 2008. Dengan adanya pelan seumpama ini, diharapkan para pelajar akan lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi hafazan, sahsiah, serta akademik masing-masing; manakala para ibu-bapa diharapkan dapat turut memberikan dorongan dan kerjasama sewajarnya dalam mencapai matlamat murni tersebut.

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT OLEH PELAJAR

Sukacita diingatkan semula bahawa seperti dinyatakan dalam garis panduan Peraturan Asrama MTQI, para pelajar tidak dibenarkan membawa/mengguna telefon bimbit sepanjang berada di asrama/MTQI kerana banyak kesan negatif timbul daripadanya.

Sehingga berjumpa lagi, salam ukhuwwah daripada kami.

Sekian, wassalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh.

PENGISLAHAN UMMAH BERPANDUKAN AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH”

No comments: