Sunday, September 26, 2010

Panduan Mengekalkan Hafazan

· *Mendirikan solat sunat Taqwiyatul Hifzi;

· * Membaca ayat yang telah dihafaz di dalam solat, sama ada solat fardhu atau solat sunat;

· *Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara bersendirian atau berteman sekurang-kurangnya dua jam setiap hari;

· *Menggunakan mashaf yang sama daripada mula menghafaz sehinggalah khatam hafazan 30 juz;

· *Gunakan Al-Qur’an yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan diakhiri dengan ayat yang tidak bersambung dengan ayat di halaman berikutnya. Mashaf ini dikenali dengan Mashaf Bahriyyah;

· *Memberi penumpuan terhadap ayat-ayat yang serupa atau hampir sama dari segi lafaz dan uslubnya (mutasyabihat lafziah);

· *Membiasakan diri dengan menulis ayat-ayat Al-Qur’an dan disemak oleh guru;

· * Pilih sehari bagi mengulang ayat-ayat yang dilafaz dalam minggu tersebut dan sehari dalam sebulan bagi mengulang ayat-ayat yang dihafaz bagi bulan tersebut; dan

· *Dapat mengkhatamkan hafazan Al-Qur’an sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Friday, September 17, 2010

Buah Tangan Daripada Darul Quran JAKIM; Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Qur'an


RINGKASAN KAEDAH MENGHAFAZ AL-QUR’AN


1.TALAQQI DAN MUSYAFAHAH

· Iaitu guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat, kemudian diikuti oleh pelajar;

· Atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat-ayat yang hendak dihafaz;

· Atau guru menyemak bacaan ketika sesi tasmi’.

- Bacaan tersebut mestilah lancar, fasih, dan bertajwid.


2. MEMBACA DAN MELANCARKAN BACAAN

· Menggunakan Mushaf Othmani bersaiz besar (A4);

· Menentukan ayat-ayat yang hendak dihafal;

· Melancarkan bacaan dengan tajwid yang betul pada ayat-ayat atau surah-surah yang hendak dihafaz;

· Memahami makna ayat-ayat dan sebab-sebab turunnya ayat-ayat tersebut sekiranya ada asbab al-Nuzul pada ayat yang hendak dihafaz.


TEKNIK MENGHAFAZ AL-QUR’AN


1. MENGHAFAZ DENGAN MENGULANG-ULANG BACAAN

· Mula hafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 kali atau lebih) sebelum berpindah ke ay at seterusnya. Apabila sudah ingat dengan baik dan jelas ayat yang pertama, maka mulalah menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama seperti ayat pertama tadi;

· Apabila ayat kedua sudah dingati, ulang semula membaca hafazan pada ayat yang pertama hingga ayat kedua sehingga lancar;

· Mula hafal ayat ketiga dan apabila sudah ingat dengan lancar, ulang semula dari ayat pertama hingga ketiga sehingga lancar kesemuanya sekali;

· Begitulah seterusnya sehingga selesai dihafaz semua ayat yang telah ditetapkan untuk dihafaz pada hari tersebut.


2. MENGHAFAZ DENGAN SEORANG TEMAN

· Pilih seorang teman yang sama minat dalam menghafaz Al-Qur’an;

· Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua;

· Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama;

· Saling menguji ayat yang dihafaz antara satu sama lain (orang pertama dan kedua).


3. TEKNIK PENULISAN (KITABAH)

· Tulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz;

· Kemudian semak semula ayat yang telah ditulis berpandukan mushaf;

· Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.



4.TEKNIK MENDENGAR

· Mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat Al-Qur’an yang akan dihafaz, kemudian mendengarnya melalui alat audio. Contoh bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusairi dari Mesir.


5. TEKNIK PEMBAHAGIAN AYAT (AL-TAQSIM)

· Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai;

· Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian (misalnya 2 atau 3 bahagian) mengikut kesesuaian;

· Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut;

· Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita, dan sebagainya;

· Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, hizib, setiap 10 juz, dan sebagainya.

(Ihsan Daripada Buku Majlis Konvokesyen Darul Qur’an JAKIM ke 19. Disebarkan semula untuk tujuan perkongsian ‘ilmu).