Thursday, June 26, 2008

Dari Meja Setiausaha Bil.4/08

Assalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh
Ke hadapan para ibu-bapa yang dihormati dan dirahmati Allah SWT sekelian.

SYUKUR ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH

Alhamdulillah, dengan ramuan keizinan Allah S.W.T., keberkatan doa ibu-bapa, dan kesungguhan pelajar, serta keikhlasan guru, dua orang pelajar lagi telah khatam hafazan 30 juzuk Al-Qur’an masing-masing, iaitu AL-HAFIZ MUHAMMAD NAZMI BIN ZOLKARNAIN dan AL-HAFIZ MUHAMMAD AaRIF BIN AHMAD TAJUDIN. Ini menjadikan pelajar yang ke-20 dan ke-21 khatam hafazan daripada Maahad ini. Tahniah dan syabas untuk semua!

Kepada Al-Hafiz Muhammad Nazmi dan Al-Hafiz Muhammad Aarif, lipat gandakan usaha anda bagi mempercepatkan proses pengurniaan sijil hafazan (syahadah) kelak. Kepada pelajar-pelajar lain, jadikannya semangat dan suri teladan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mencapai visi bersama melahirkan hafiz Al-Qur’an berketerampilan tinggi, bertaqwa dan berperibadi mulia.

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ALUMNUS

Tahniah dan syabas juga disisipkan kepada dua pelajar bersekutu Maahad dan ibu-bapa/keluarga mereka, iaitu Al-Hafiz Muhammad Kamil bin Hj. Mohd. Kifly dan Al-Hafiz Hasbi bin Abdul Halim yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Al-Qur’an dan Qira’at, dan Pengajian Bahasa Arab di Yemen masing-masing, kedua-duanya bermula minggu lepas. Do’a kami agar tercapai segala cita dan menjadi insan mulia!
Sehingga berjumpa lagi, salam ukhuwwah daripada kami.

Sekian, wassalamualaikum warahmatulLah hiwabarakatuh.

PENGISLAHAN UMMAH BERPANDUKAN AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH”

No comments: