Thursday, April 30, 2009

Program Lawatan SilaturRahim Sambil Belajar ke Negeri Johor

Alhamdulillah, dengan keizinan-Nya, pihak PIBG Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah telah berjaya menganjurkan satu program lawatan SilaturRahim sambil belajar ke negeri Johor Darul Takzim. Program yang telah diadakan pada 3-5 April 2009 ini telah disertai oleh hampir semua pelajar Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah, diiringi oleh 2 orang ustaz pengiring, iaitu Ustaz Jalaluddin Al-Hafiz dan Ustaz Faiz Al-Hafiz. Wakil ibubapa seperti Haji Paridin turut menyertai rombongan ini.

Banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program ini. Antaranya ialah pertandingan persahabatan hafazan dan bola sepak antara Maaahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah (pasukan pelawat) dan Maahad Tahfiz Al-Iman (pasukan tuan rumah), permainan jejak maklumat, taklimat khas mengenai bahagian pendidikan teknologi negeri Johor, lawatan muhibbah ke Maahad Tahfiz Al-Iman, rehlah huffaz dan banyak lagi.

Semua pelajar begitu soronok dan teruja dengan lawatan yang julung-julung kali diadakan ini. Harapan mereka semoga banyak lagi rombongan serta program seperti ini dianjurkan pada masa hadapan bagi menambahkan ilmu, pengalaman dan teman mereka.

Di bawah ini ada sejumlah kecil gambar aktiviti yang berjaya dirangkumkan sepanjang program 3 hari 2 malam ini. Gambar-gambar tersebut telah disusun mengikut program/aktiviti yang telah dijalankan.

No comments: